Kata Pengantar
Dr Shaharom bin Md Shariff
Lembaga Pengarah
Penubuhan Medik Nur Rahmah Berhad, MNRB sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan, CLBG memberi peluang kepada rakyat khasnya di Lembah Klang untuk menyumbang kepada MNRB bagi membantu pesakit mendapat rawatan di Hospital Swasta. Bantuan ini boleh dalam bentuk infaq tunai atau wakaf peralatan perubatan saperti kerusi roda, katil pesakit serta kerusi hemodialisis.
Ramai pesakit yang tidak mampu untuk mendapat rawatan di Hospital Swasta tetapi tidak juga mampu menunggu untuk mendapat rawatan di hospital awam. Melalui penubuhan MNRB ini, mereka dapat disantuni dengan sebaiknya. Selama 4 tahun ditubuhkan MNRB telah membantu seramai 118 pesakit dalam pelbagai disiplin dan mendapat rawatan di Hospital Swasta dengan bantuan lebih RM 1.2 juta telah dibelanjakan.
Orang ramai boleh menyumbang kepada MNRB untuk disalurkan kepada pesakit untuk mendapat rawatan. MNRB telah mendapat pengiktirafan dari Perbadanan Wakaf Selangor untuk menerima peralatan perubatan dalam bentuk kerusi roda, katil pesakit, ventilator dan kerusi hemodialisis.
Sebaik baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang ramai.” Hadith Bukhari Muslim.
Sokongan Anda, Harapan Mereka
Sertai kami dalam mengubah hidup mereka yang memerlukan. Sumbangan anda membuka peluang untuk kesembuhan dan kehidupan yang lebih baik. Bersama kita capai kebaikan!