Mesyuarat Bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN)

Pertemuan antara MNRB dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, merupakan sesi strategik yang bertujuan untuk membangunkan kerjasama dan pembangunan organisasi.

MNRB memberikan gambaran umum mengenai penubuhan dan operasi syarikat kami, sementara kedua-dua pihak berkongsi inisiatif semasa dan perancangan untuk masa depan.

Antara isi yang dibincangkan adalah  untuk meningkatkan aktiviti amal jariah, dan usaha-usaha kerjasama yangberpotensi.

Pertemuan ini pasti akan memberi impak yang positif kerana ia melibatkan pegawai seperti Puan Hartini binti Abdul Rahim, CFO YKN, di antara wakil-wakil lain.

Yayasan Kebajikan Negara (YKN)

Sebuah tabung kebajikan yang ditadbirkan oleh Lembaga Pemegang Amanah dan di bawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Borang Sedekah/Infaq Dana MNRB