Menyebar Rahmah, Meluaskan Jariah
Menyantuni golongan berkelayakan dan berkeperluan dalam konteks penjagaan kesihatan dan perubatan melalui medium infak, sedekah, wakaf dan jaringan kerjasama dengan organisasi lain di sekitan kawasan Selangor melalui dua program utama:
Impak Sumbangan MNRB
(setakat Disember 2023)
Penjagaan Kesihatan Adalah Hak Asasi Rakyat Sejahtera
Penjagaan kesihatan adalah hak asasi manusia yang mendasar. Namun, perbelanjaan yang tidak dijangka oleh sesetengah individu boleh memberi impak yang besar kepada sara hidupny dan keluarganya.
Oleh itu, MNRB bertekad meluaskan jangkauan perkhidmatan kesihatan sedia ada kepada orang-orang yang benar-benar memerlukannya dalam semangat amal jariah dan menyebarkan rahmah.
Inisiatif Program Wakaf Kesihatan
Program Kemudahan Rawatan Perubatan
Program ini menawarkan sokongan kewangan bagi golongan berkelayakan dan berkeperluan bagi mempercepatkan proses pemulihan dan juga memberi santunan dari segi sokongan kewangan. Insiatif ini ditubuhkan untuk khas meringankan beban pesakit yang kurang kemampuan.
Program Wakaf Peralatan Perubatan
Melalui pemberian wakaf dan sedekah daripada orang awam, kami menyantun pesakit di kawasan fakit dan miskin dengan peralatan perubatan seperti takil hospital, kerusi roda, mesin oksigen dan mesin hemodialisis. Kami juga menziarah penerima peralatan dari masa ke semasa
Sokongan Anda, Harapan Mereka
Sertai kami dalam mengubah hidup mereka yang memerlukan. Sumbangan anda membuka peluang untuk kesembuhan dan kehidupan yang lebih baik. Bersama kita capai kebaikan!